Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 30 May 2011

Terima kasih Munif Hijjaz

assalamualaikum wbt..
rasanya telah sekian lama  jari jemari ini tidak menari di atas keyboard atas urusan menulis blog. alhamduillah hari ini berkesempatan untuk itu.. last week sibuk di pwtc ada program "belilah buatan Malaysia".. banyak barangan buatan Malaysia yang berada di situ. ternyata rakyat Malaysia telah maju beberapa tapak dalam menerajui dunia bisness..bagus2. "ana suka itulah".. 5 hari di sana, banyak benda yang diperlajari.. tapi ada beberapa yang tidak dapat dilupakan. iaitu.. buku pemberian Munif Hijjaz..



di PWTC, saya melantik diri saya sebagai pemerhati... menganalisa difinisi kebahagiaan dalam diri individu.. tu nawaitu saya sebelum pergi, tapi duniawi nya syarikat hantar saya ke situ untuk mempromosikan simpanan haji beserta badal haji... rupe-rupenye ramai umat islam yang menganggap bekerja untuk perut, bukan untuk Allah. jawapan semua sama.. "untuk anak2, isteri, rumah, kereta......" saya pun melawak la, tapi bermesej... "tmbahlah lagi satu untuk tu.. untuk Allah.. bonus akhirat" so if untuk Allah, simpanlah RM50 dari gaji untuk Haji.. kalau tak sempat da ada badal haji"...bukan mereka taknak, bukan mereka tidak sayang Tuhan, tetapi mereka tidak mengetahui.. ada yang tidak tahu rukun Islam... jadi.. point nye kat sini, umat islam harus cemerlang hari ini dari semalam, memperlebarkan sayap dakwah, bukan hanya tertumpu kepada mereka yang da ada basic agama.. tetapi di tempat yang social, kasihilah mereka yang mendedahkan aurat, blond rambut.. kerana sebenarnya hati kecil mereka mencari kebahagiaan... tetapi .... anda ada jawapannya.

sambung cerita saya tadi,

dalam program tu, artis bboy, zahid dijemput.. saya menyaksikan kelebihan mereka yang mempersembahkan kelebihan yang Allah beri pada mereka..  mungkin dengan mempersembahkan tarian hiphop dan lagu-lagu cinta, membuatkan masyarakat terhibur, dan mereka merasa bahagia...

saya berjalan-jalan lagi, di dalam expo buatan malaysia, dan ada ramai sedang berkumpul, "Munif...." saya memang minat kumpulan hijjaz.. kakak2 saya pun.. tapi itu tak lah berapa penting sangat.. tetapi, saya teramat bahagia, selepas saya dapat menjawab soalan beliau. dan dapat hadiah buku " roh Ibadah" .. then, ok,, syukran Munif, semoga semangat juang mu mendapat husnul khotimah.. sempatlah ambil gambar beliau bersama isteri..

pada pembaca blog ini, belilah buku ini.. entahlah saya rasa itu pemberian Allah kepada saya, munif sebagai asbaab.. bile baca je ..sekilas bicara .. starting buku itu.. mataku terpandang ke atas..dan tersenyum, Thanks Allah, U re always giving me whateva i want.. konflik jiwa saya diketika ini, tersurat didalam buku ini... rasa terharu sangat...

antara phrase yang boleh dikongsi m/s 23 ..
"carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika solat dan ketiga ketika mengingati mati. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemui hatimu, mohonlah kepadaNya untuk memberimu hati kerana engkau tidak memilikinya!"  
~Imam Abu Hamid AL-Ghazali~

jangan sesekali berputus asa untuk mencari hati kita melalui taubat, meskipun kita merasakan Allah belum lagi memberinya... terima kasih kepada Hijjaz Record Publishing atas hadiah buku dan perfume hijjaz yang mengingatkan saya nostalgia semasa kakak saya mendidik saya untuk solat berjemaah dengan nya sewaktu kecil, sampai saya boleh hafaz ayat-ayat pendek dalam mathurat:) sangat berguna masa ujian hafazan tingkatan 1.. terima kasih angah kerana menjadi kakak yang garang sewaktu ketika dahulu, dan terima kasih alang sebab menjadi seorang kakak yang terlalu lembut dan kadang2 macam superwoman saya yang selalu membantu dalam kesusahan... hihi.. dan banyak backup saya:) tenkiu,tenkiu.:)

Terima kasih Allah..  terlalu merinduimu.. walau ujian yang mendatang, akan saya menganggap segala ujian adalah sahabat karib dan terimanya dengan hati terbuka... ia juga adalah sesuatu challenger... terima kasih sangat.. sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Mu, wahai Tuhan.. untuk itu hadirlah rasa cinta, dan ikhlas, kerana keduanya, adalah intipati dalam mendapat kekhusyukkan pengabdian seorang hamba..

Fazlina..

No comments:

Post a Comment