Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday 2 June 2011

Kehidupan

kesenangan yang datang tak akan selamanya
begitu juga selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tidak berkesudahan
apagunanya sesalah hanya menekan jiwa
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanya kabus tak  berpanjangna
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
ujian adalah tarbiah dari Allah
apakah kita kan sabar
ataupun sebalik nya....

Monday 30 May 2011

Terima kasih Munif Hijjaz

assalamualaikum wbt..
rasanya telah sekian lama  jari jemari ini tidak menari di atas keyboard atas urusan menulis blog. alhamduillah hari ini berkesempatan untuk itu.. last week sibuk di pwtc ada program "belilah buatan Malaysia".. banyak barangan buatan Malaysia yang berada di situ. ternyata rakyat Malaysia telah maju beberapa tapak dalam menerajui dunia bisness..bagus2. "ana suka itulah".. 5 hari di sana, banyak benda yang diperlajari.. tapi ada beberapa yang tidak dapat dilupakan. iaitu.. buku pemberian Munif Hijjaz..



di PWTC, saya melantik diri saya sebagai pemerhati... menganalisa difinisi kebahagiaan dalam diri individu.. tu nawaitu saya sebelum pergi, tapi duniawi nya syarikat hantar saya ke situ untuk mempromosikan simpanan haji beserta badal haji... rupe-rupenye ramai umat islam yang menganggap bekerja untuk perut, bukan untuk Allah. jawapan semua sama.. "untuk anak2, isteri, rumah, kereta......" saya pun melawak la, tapi bermesej... "tmbahlah lagi satu untuk tu.. untuk Allah.. bonus akhirat" so if untuk Allah, simpanlah RM50 dari gaji untuk Haji.. kalau tak sempat da ada badal haji"...bukan mereka taknak, bukan mereka tidak sayang Tuhan, tetapi mereka tidak mengetahui.. ada yang tidak tahu rukun Islam... jadi.. point nye kat sini, umat islam harus cemerlang hari ini dari semalam, memperlebarkan sayap dakwah, bukan hanya tertumpu kepada mereka yang da ada basic agama.. tetapi di tempat yang social, kasihilah mereka yang mendedahkan aurat, blond rambut.. kerana sebenarnya hati kecil mereka mencari kebahagiaan... tetapi .... anda ada jawapannya.

sambung cerita saya tadi,

dalam program tu, artis bboy, zahid dijemput.. saya menyaksikan kelebihan mereka yang mempersembahkan kelebihan yang Allah beri pada mereka..  mungkin dengan mempersembahkan tarian hiphop dan lagu-lagu cinta, membuatkan masyarakat terhibur, dan mereka merasa bahagia...

saya berjalan-jalan lagi, di dalam expo buatan malaysia, dan ada ramai sedang berkumpul, "Munif...." saya memang minat kumpulan hijjaz.. kakak2 saya pun.. tapi itu tak lah berapa penting sangat.. tetapi, saya teramat bahagia, selepas saya dapat menjawab soalan beliau. dan dapat hadiah buku " roh Ibadah" .. then, ok,, syukran Munif, semoga semangat juang mu mendapat husnul khotimah.. sempatlah ambil gambar beliau bersama isteri..

pada pembaca blog ini, belilah buku ini.. entahlah saya rasa itu pemberian Allah kepada saya, munif sebagai asbaab.. bile baca je ..sekilas bicara .. starting buku itu.. mataku terpandang ke atas..dan tersenyum, Thanks Allah, U re always giving me whateva i want.. konflik jiwa saya diketika ini, tersurat didalam buku ini... rasa terharu sangat...

antara phrase yang boleh dikongsi m/s 23 ..
"carilah hatimu di tiga tempat, pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika solat dan ketiga ketika mengingati mati. Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemui hatimu, mohonlah kepadaNya untuk memberimu hati kerana engkau tidak memilikinya!"  
~Imam Abu Hamid AL-Ghazali~

jangan sesekali berputus asa untuk mencari hati kita melalui taubat, meskipun kita merasakan Allah belum lagi memberinya... terima kasih kepada Hijjaz Record Publishing atas hadiah buku dan perfume hijjaz yang mengingatkan saya nostalgia semasa kakak saya mendidik saya untuk solat berjemaah dengan nya sewaktu kecil, sampai saya boleh hafaz ayat-ayat pendek dalam mathurat:) sangat berguna masa ujian hafazan tingkatan 1.. terima kasih angah kerana menjadi kakak yang garang sewaktu ketika dahulu, dan terima kasih alang sebab menjadi seorang kakak yang terlalu lembut dan kadang2 macam superwoman saya yang selalu membantu dalam kesusahan... hihi.. dan banyak backup saya:) tenkiu,tenkiu.:)

Terima kasih Allah..  terlalu merinduimu.. walau ujian yang mendatang, akan saya menganggap segala ujian adalah sahabat karib dan terimanya dengan hati terbuka... ia juga adalah sesuatu challenger... terima kasih sangat.. sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Mu, wahai Tuhan.. untuk itu hadirlah rasa cinta, dan ikhlas, kerana keduanya, adalah intipati dalam mendapat kekhusyukkan pengabdian seorang hamba..

Fazlina..

Tuesday 10 May 2011

bersujudlah dikala sedih atau pun gembira

  1. Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan
  3. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  4. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
  5. Melegakan sakit hernia.
  6. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  7. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
  8. Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
  9. Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
  10. Meringankan bahagian PELVIS.
  11. Memberi dorongan untuk mudah tidur .
  12. Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
  13. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
  14. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
  15. Mengurangkan kegemukkan (obesity).
  16. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
  17. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  18. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
  19. Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah.. 

titik permulaan berusrah..

assalamualaikum..

hari ini aku dapat panggilan daripada salah seorang naqibah.. nama beliau adalah siti khadijah. Alhamdulillah.. tercapai juga impian dan hasrat hati nak ber'usrah'... terima kasih Tuhan, dan terima kasih kakakku Norhayati pengarang notakecil-ini, yang sering memikirkan aku walaupun aku da besar panjang.. hihi..

bermulalah episod baru, ada ruang dalam kehidupan ini yang diwakafkan untuk mengingati Tuhan, walaupun hakikatnya segala pergerakan, percakapan, mencari rezeki itu adalah ibadah.. tapi ingin mendidik hati kearah keTuhanan, perlu berguru dan berjemaah.. supaya tidak tertipu dengan amalan, dan memahami syariat dan hal-hal agama.. dengan itu bolehlah kita sebagai hambaNya melakukan segala suruhan dengan tertib.

kenape setiap hari kita disarankan pergi kemasjid berjemaah,.. aku rasa masing-masing ada jawapan nya tersendiri.. solat sama-sama, zikir dan tahmid sama-sama.. berbicara tentang agama, segala kemushkilan dapat dihuraikan, dengan adanya ahli-ahli yang arif dalam bidang-bidang yang tertentu, untuk menjadikan kehidupan kita terpandu.. bagaimana jika seluruh kehidupan kita tiada masa untuk Tuhan, mencari gali ilmu mengenaliNya.. kita akan rasa kosong.. kosong teramat sangat. sekurang-kurangnya dapat membaca buku-buku agama. terubatlah sikit. bukan sikit juga,, banyak..takpela. hope aku istiqamah. kerana perjalanan ku juga menuju Allah swt.. terima kasih alang. i luv u so much.

Sunday 8 May 2011

Harapan dan impian..


assalamualaikum wbt..
semua orang mempunyai harapan dan impian, bekerjaya untuk cita-cita.. matlamat berbeza..
1) mempromosikan agama
2)  untuk keluarga
3) untuk membantu orang yang susah
4) untuk berfoya-foya
5) untuk menunjuk-nunjuk

walau apapun matlamat, adalah hak individu itu sendiri.. bagaimana dia ingin mengecapi, itu juga haknya, kerana Allah telah memberi akal untuk berfikir.. jika kita memilih yang baik, kebaikan la yang diperolehi jika kita inginkan kejahatan, kejahatan lah yang diperolehi.

tanpa kita sedari atau tidak, sebenarnya kebaikan dan menjurus ke arah kebaikan bukan sesuatu yang mudah. tetapi apabila kita berjaya memperolehinya.. kita akan gembira dan puas:)

dan ini saya tujukan buat sahabat-sahabat saya, yang bakal menjadi sahabat, dan sahabat yang sdia ada:)



Selamat Hari Ibu


Semalam adalah hari ibu. sehingga hari ini... tapi diri ini tidak ucapkan kepada sesiapa.. pura-pura lupa tentang hari itu.. semua panggilan tidak dijawab, termasuklah urusan kerja.. terpapar di inbox msej
" faz, call me back".. next mesej
"da tak reti nak angkat phone?" 
13msg inbox
"hye buat ape"
"kenapa tak angkat phone"
"da makan?"
"saya ada di pasar malam, nak kirim apa2"
dan banyak lagi mesej yang tidak penting.. langsung mereka ini tiada chemistry dengan aku... takde yang tanye.. "sedih ker?"
terus untuk melupakan.. tiada langsung aktiviti hari ini, selain dari tidur, makan dan solat..
kesedihan itu menjelma apabila aku ingin membaca quran, tetapi quran tu aku telah beri pinjam pada kakak ku tiriku yang sewaktu dia menjaga anak nya di hospital kuala lumpur...

aku terus menguntum senyuman, dan buka lagu nasyeed.. koleksi nasyeed aku.. yang evergreen.dan segala lagu ada menyimpan semua memori kehidupan ku dari kecil hinggalah kini.... nostalgia.. maknenye..
air mata ini berguguran juga...
buka facebook.. akak aku tengah online.. apa lagi.. sedih teramat sangat..dan sebenarnya aku terkenang arwah ibu aku.....

emak,
andaikata dirimu masih ada didunia ni..
aku yakin kau akan menanti kepulangan ku ke kampung..
tetapi dirimu sudah tiada...
ingin aku merangkul diri mu emak..
ingin aku mengucup pipi mu..
ingin aku melakukan apa yang orang lain lakukan pada ibu mereka...


kakak aku pun buat lawak.. haha.. kakak aku memang lembek semua.. semua suka menangis.. ibu kami meninggalkan kami pada 16/6/1990.. waktu tu aku berumur 4 tahun..


moral of my story.. hargai ibu anda selagi dia masih disisi... kasih ibu membawa kesyurga:)